Skip to Main Content

Standard on Demand (SoD): Home

BORANG PERMOHONAN STANDARD

STANDARD ON DEMAND @ UniMAP LIBRARY

Perpustakaan menawarkan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan untuk bahan-bahan piawaian kepada semua warga perpustakaan. Bahan piawaian yang dibekalkan adalah dengan kerjasama Perpustakaan dengan pihak SIRIM Berhad, Malaysia. Setiap bahan piawaian yang dibekalkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak SIRIM Berhad.

Pengguna yang ingin membuat permohonan bahan piawaian boleh menyemak terlebih dahulu bahan yang diperlukan di laman Web OPAC SIRIM Technical Library.

TERMA DAN SYARAT STANDARD ON DEMAND

1. Semua warga UniMAP adalah layak untuk memohon Standard on Demand yang disediakan oleh perpustakaan.

2. Permohonan Standard on Demand adalah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebarang aktiviti penyebaran dan penerbitan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali.

3. Setiap permohonan dokumen standard mestilah menggunakan borang Pinjaman Antara Perpustakaan yang telah disediakan, satu borang untuk satu dokumen jika dokumen yang diperlukan lebih dari satu.

4. Pemohon adalah dihadkan kepada lima (5) permohonan dokumen sahaja pada satu-satu masa permohonan kerana memberi peluang kepada pengguna lain untuk mengemukakan permohonan. 

5. Setiap borang yang dihantar mestilah lengkap diisi dengan maklumat pemohon, maklumat bahan yang diperlukan dan ditandatangan atau initial beserta tarikh borang dihantar. 

6. Tempoh pembekalan dokumen kepada pemohon adalah bergantung kepada maklum balas daripada institusi pembekal terhadap ketersediaan dokumen yang dipohon.

7. Dokumen yang dibekalkan adalah melalui kurier pos berdaftar, dan dibekalkan dalam format bercetak sahaja. Dokumen yang telah sedia diterima oleh perpustakaan perlu diambil oleh pemohon sekurang-kurangnya dalam tempoh empat (4) hari bekerja.

8. Bahan yang tidak diambil oleh pemohon selepas tempoh empat (4) hari akan dipulangkan semula kepada institusi pembekal.

9. Pemohon perlu memastikan keadaan fizikal bahan yang dipohon (bahan bercetak) dalam keadaan baik semasa dalam tempoh pinjaman dan juga semasa bahan dipulangkan.

10. Pemohon juga perlu memaklumkan sekiranya bahan yang dibekalkan perlu dipinjam lebih daripada tempoh yang telah ditetapkan. Pemakluman pemanjangan tempoh pemulangan bahan perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh pemulangan dokumen.

SENARAI STANDARD YANG BOLEH DIBEKALKAN

Worldwide Standards Catalogue:

  • ISO Standards
  • IEC Standards
  • British Standards (BS)
  • ASTM Standards
  • American Standards (ANSI, etc.)
  • Australia Standards (AS)
  • Other standards & technical document