Skip to main content
It looks like you're using Internet Explorer 11 or older. This website works best with modern browsers such as the latest versions of Chrome, Firefox, Safari, and Edge. If you continue with this browser, you may see unexpected results.

MSK Diploma Sidang 2020 / 2021

Selamat datang ke Perpustakaan

Selamat datang kepada semua pelajar baru Diploma Sidang Akademik 2020 / 2021. Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) menyediakan akses kepada koleksi bahan bacaan seperti Buku, Buku Rujukan, Novel dan Majalah, Jurnal bercetak dan juga elektronik. Selain itu perpustakaan turut menyediakan kawasan pembelajaran yang selesa seperti Makmal Infoaccess, Zon Bising, Zon Pembelajaran Kolaboratif, dan lain-lain. Petugas perpustakaan juga sentiasa bersedia dan berusaha untuk membantu anda dalam memanfaatkan semua koleksi dan kemudahan yang disediakan.


 

Maklumat Penting Untuk Pelajar Baru

  1. Sila bookmark laman sesawang perpustakaan http://mylibrary.unimap.edu.my
  2. Laman sesawang perpustakaan menyediakan semua maklumat yang diperlukan oleh semua warga perpustakaan sepanjang tempoh pembelajaran di Universiti Malaysia Perlis.
  3. Gunakan kata nama dan kata laluan portal UniMAP untuk daftar masuk akses ke Wifi di perpustakaan.
  4. Tambah nilai sejumlah wang ke dalam Kad Pintar anda untuk menggunakan kemudahan cetakan dan fotokopi yang disediakan di perpustakaan.
  5. Daftar akaun sumber maklumat elektronik anda untuk mendapatkan akses kepada teks penuh ebuku dan juga artikel dari pelbagai pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan.
  6. Gunakan emel unimap anda untuk daftar kepada Repositori Digital perpustakaan dan dapatkan akses kepada pelbagai sumber ilmiah seperti teks ucapan, kertas kerja, Kertas Soalan Peperiksaan lepas, Kertas Kerja Laporan Tahun Akhir (FYP) dan lain-lain.

 

Hubungi Kami

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

Kampus Alam Pauh Putra

Universiti Malaysia Perlis

02600 Arau, Perlis

Phone:  604-9885402 | Fax :  604-9885405

email:  rujukan@unimap.edu.my


 

Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar

Universiti Malaysia Perlis

Tingkat 2, Bangunan KWSP

01000 Jalan Bukit Lagi

Kangar, Perlis

Phone   :  604-9798601 | Fax  :  604-9781876

email:  rujukan@unimap.edu.my