Skip to Main Content

LAMAN SOALAN LAZIM MENGENAI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DALAM TEMPOH ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN: Home

Home

CHAT WITH US

REMOTE ACCESS TO LIBRARY RESOURCES

FREE RESOURCES DURING COVID 19 OUTBREAK

SOALAN LAZIM MENGENAI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DALAM TEMPOH ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN

ADAKAH PERPUSTAKAAN DIBUKA?

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar dan Hub Digital ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang sebarang kebarangkalian penularan wabak COVID 19.

 
BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGAKSES SUMBER MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN?

Perpustakaan Digital beroperasi 24/7 sehari dan boleh diakses melalui laman web Perpustakaan di mylibrary.unimap.edu.my. Sekiranya anda berada di dalam kampus, anda boleh memanfaatkan rangkaian kampus untuk mengakses pangkalan data e-jurnal dan e-buku seperti SpringerLINK, ScienceDirect, ProQuest EBook Central dan banyak lagi. Sekiranya anda berada di luar kampus atau di kampung halaman, anda boleh memanfaatkan kemudahan capaian secara jarak jauh di laman perisian pelayan EZProxy.

 
SAYA TIDAK BOLEH MENGAKSES SUMBER MAKLUMAT PERPUSTAKAAN SECARA JARAK JAUH. APA PERLU SAYA LAKUKAN?

Mungkin anda terlupa kata nama dan kata laluan untuk mengakses sumber maklumat secara jarak jauh. Anda boleh mendaftar secara atas talian di laman pendaftaran pengguna akses secara jarak jauh

 
BAGAIMANA DENGAN STATUS BUKU-BUKU YANG DIPINJAM OLEH SAYA?

Jangan bimbang. Perpustakaan telah melanjutkan tempoh pinjaman bagi buku-buku yang dipinjam sehingga tarikh 18 April 2020. Ini bermakna tiada denda lewat mengembalikan bahan pinjaman akan dikenakan kepada pengguna. Sekiranya tarikh pemulangan buku ditetapkan dalam tempoh Arahan Kawalan Pergerakan bermula pada 17 Mac 2020, tiada denda lewat mengembalikan bahan pinjaman dikenakan.

 

BOLEHKAH SAYA MEMULANGKAN BAHAN PINJAMAN DALAM TEMPOH ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN

Bahan yang dipinjam tidak boleh dipulangkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.  Anda perlu menyimpan dahulu bahan pinjaman sehingga perpustakaan dibuka semula iaitu pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

 

BOLEHKAH SAYA MEMPERBAHARUI PINJAMAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ATAU DALAM TEMPOH PERPUSTAKAAN FIZIKAL DITUTUP

Anda tidak perlu memperbaharui pinjaman melalui apa-apa saluran. Pihak perpustakaan telah melanjutkan tempoh pinjaman bahan kepada semua pengguna sehingga 18 April 2020. Jadi anda tidak perlu risau.

 
SAYA MEMINJAM BAHAN BACAAN DAN TARIKH PEMULANGAN SEPATUTNYA PADA 15 MAC 2020. APAKAH STATUS BUKU PINJAMAN BERKENAAN?

Bergantung kepada koleksi buku yang dipinjam, denda lewat mengembalikan bahan akan dikenakan untuk tempoh satu (1) hari sahaja iaitu pada 16 hb Mac 2020 memandangkan Perpustakaan masih beroperasi. Tempoh pinjaman buku anda akan dilanjutkan bermula pada 17 Mac 2020 sehingga 18 April 2020 tanpa sebarang kenaan denda.

 
SAYA PERLU MENYIAPKAN TUGASAN ILMIAH DAN MENDAPATKAN MAKLUMAT UNTUK PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR. BAGAIMANA PERPUSTAKAAN BOLEH MEMBANTU SAYA?

Anda masih boleh berhubung dengan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra secara maya. Hubungi kami melalui aplikasi LibChat yang beroperasi dalam tempoh waktu pejabat.