Skip to main content
It looks like you're using Internet Explorer 11 or older. This website works best with modern browsers such as the latest versions of Chrome, Firefox, Safari, and Edge. If you continue with this browser, you may see unexpected results.

library handbook

contain information about the library

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan menyediakan akses kepada pelbagai jenis dan format bahan untuk memenuhi keperluan maklumat warga Universiti Malaysia Perlis

REPOSITORI PERPUSTAKAAN (DSPACE.UNIMAP.EDU.MY/XMLUI)

Repositori Perpustakaan merupakan sumber penting yang dibangunkan oleh Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra bagi menyediakan akses kepada bahan ilmiah yang dihasilkan oleh warga UniMAP. Menggunakan sistem langit terbuka, DSpace, sumber Repositori Perpustakaan menyediakan akses kepada kertas soalan peperiksaan lalu, kertas kerja persidangan, keratan akhbar, tesis dan disertasi, laporan tahunan dan sebagainya.

SUMBER ELEKTRONIK PERPUSTAKAAN

Perpustakaan menyediakan akses kepada sumber elektronik dalam pelbagai format meliputi e-jurnal, e-buku, e-jurnal, e-prosiding, e-berita, e-tesis dan sebagainya. Sumber elektronik boleh diakses melalui Laman Web Perpustakaan, Laman EZ-Proxy Perpustakaan dan Laman Enjin Carian (Worldcat Discovery).

PERKHIDMATAN

Perpustakaan menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan maklumat bagi memenuhi keperluan maklumat pengajaran-pembelajaran dan penyelidikan di Universiti.

FASILITI PERPUSTAKAAN

Para pengguna boleh memanfaatkan pelbagai bentuk fasiliti yang disediakan khusus untuk memenuhi keperluan pembelajaran-pengajaran dan penyelidikan di Universiti.

RUANG PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Perpustakaan menyediakan kepelbagaian ruuang untuk meningkatkan aktiviti pembangunan rangkaian dan kolaborasi dalam kalangan pelajar. Ruang ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti teknologi pembelajaran bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran di kampus.

HUB KOMUNITI

Perpustakaan UniMAP menyediakan pelbagai bentuk kemudahan untuk warga komuniti dan UniMAP.