Galeri Maya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Raja Muda Perlis selaku Canselor UniMAP pada 21 November 2022 di Galeri Universiti, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis. Perkhidmatan galeri maya ini memberi peluang kepada pengguna untuk mengakses secara dalam talian berkaitan pameran-pameran UniMAP yang pernah dipamerkan di Galeri Universiti. Pengguna dapat merasai pengalaman yang mengujakan sepanjang berada dalam penerokaan di galeri maya ini. Galeri maya ini sesuai untuk dimainkan pada mana-mana pelayar web dengan resolusi yang mengikut saiz peranti yang digunakan. Untuk paparan dan suasana pengalaman terbaik, anda boleh menggunakan pelayar Mozilla Firefox ataupun Google Chrome dengan resolusi skrin minimum 1366 x 768.
Pameran Dirgahayu DYMM Tuanku Raja Perlis telah dijayakan bersempena Majlis Pemasyhuran Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis pada 23 Februari 2022.
Mengimbau kisah hidup, jasa bakti, dan inisiatif strategik DYTM Tuanku Canselor dalam memacu kegemilangan Universiti Malaysia Perlis.