Skip to main content
It looks like you're using Internet Explorer 11 or older. This website works best with modern browsers such as the latest versions of Chrome, Firefox, Safari, and Edge. If you continue with this browser, you may see unexpected results.

Perkhidmatan Pembekalan Bahan & Pinjaman Antara Perpustakaan: Halaman Utama

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen

Perpustakaan memperolehi bahan rujukan melalui platform komersil meliputi penerbit jurnal, organisasi piawaian, dan badan profesional. 

Pinjaman Antara Perpustakaan

Perpustakaan UniMAP mendapatkan bahan bacaan yang tiada di dalam koleksi daripada sumber berikut:

  • Rangkaian Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara
  • Perpustakaan yang menganggotai rangkaian Sistem Pembekalan Penerbitan
  • Rangkaian perpustakaan global yang menawarkan perkhidmatan melalui platform Worldshare

Liputan Bahan Melalui Pinjaman Antara Perpustakaan:

  • Buku
  • Tesis
  • Bab dalam buku
  • Prosiding persidangan
  • Artikel jurnal
  • Bahan Media

Perkhidmatan Pembekalan Bahan

Perpustakaan UniMAP melanggan atau memperolehi bahan bacaan atau bahan rujukan relevan untuk program pengajian dan penyelidikan yang ditawarkan di Universiti Malaysia Perlis. Walau bagaimanapun, masih terdapat bahan penerbitan yang tidak diliputi oleh Perpustakaan UniMAP. Bahan-bahan bacaan dan rujukan ini boleh diperolehi melalui perkhidmatan berikut:

  • Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan 
  • Pembekalan Dokumen 

Terma dan Syarat Pembekalan Bahan di Perpustakaan

1. Semua warga UniMAP adalah layak untuk menggunakan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan dan Pembekalan Dokumen di perpustakaan.

2. Setiap permohonan mestilah menggunakan borang Pinjaman Antara Perpustakaan yang telah disediakan.

3. Setiap permohonan bahan atau dokumen mestilah menggunakan satu borang untuk satu bahan / dokumen.

4. Setiap borang yang dihantar mestilah lengkap diisi dengan maklumat pemohon, maklumat bahan yang diperlukan dan ditandatangan atau initial beserta tarikh borang dihantar. 

5. Bahan yang dipohon adalah untuk kegunaan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran, dan tugasan ilmiah sahaja. Sebarang kerja sebaran dan terbitan semula bahan yang dimohon adalah dilarang.

6. Tempoh pembekalan bahan kepada pemohon adalah bergantung kepada maklum balas daripada perpustakaan atau organisasi pembekal kepada ketersediaan bahan yang ingin dipohon.

7. Pemohon perlu memastikan keadaan fizikal bahan yang dipohon (bahan bercetak) dalam keadaan baik semasa dalam tempoh pinjaman dan juga semasa bahan dipulangkan.

8. Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui emel ke rujukan@unimap.edu.my atau ke Kaunter Perkhidmatan Akses, Perpustakaan Utama Kampus Alam atau Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar.

Soalan Lazim Pengguna

Borang Pinjaman Antara Perpustakaan

Muat turun Borang Pinjaman Antara Perpustakaan dan Pembekalan Bahan di bawah untuk memohon bahan atau dokumen yang diperlukan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikembalikan melalui emel ke rujukan@unimap.edu.my atau boleh diserahkan di Kaunter Unit Pendidikan Pengguna di mana-mana cawangan perpustakaan yang berhampiran.