Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Cawangan Kampus Bandar terletak di tengah-tengah pekan Kangar, Perlis. Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar menyediakan kemudahan koleksi dan fasiliti bagi memenuhi keperluan pelajar serta penyelidik untuk Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses, dan juga Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi.
|