Skip to Main Content

Book On Delivery (BOD) @ UniMAP Library: Home

BOOK ON DELIVERY (BOD) @ UniMAP LIBRARY

1. Perkhidmatan ini adalah khusus kepada pelajar di Anjung Kulim dan Kampus UniCITI sahaja.

2. BOD menawarkan perkhidmatan tempahan buku yang terdapat di Perpustakaan Utama dan Perpustakaan Cawangan Kangar.

3. Buku-buku yang ditempah akan dihantar terus kepada pengguna melalui pejabat Anjung Kulim dan HUB Digital.

TERMA & SYARAT BOD

1. Hanya buku yang tidak terdapat secara atas talian adalah layak untuk dipohon secara BOD.

2. Hanya 5 naskah buku layak dipohon oleh pelajar dalam satu-satu masa.

3. Penghantaran buku akan dibuat pada setiap hari Jumaat pada setiap minggu.

4. Permohonan perlulah dibuat sekurang-kurangnya 3 (tiga) hari sebelum hari penghantaran buku dan sekiranya kurang dari 3 hari, penghantaran akan dibuat pada minggu berikutnya.

5. Pemberitahuan mengenai penghantaran buku akan dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

6. Tarikh pinjaman buku adalah merujuk kepada hari penghantaran buku.

7. Pembaharuan tempoh pinjaman buku boleh dibuat dengan menghubungi pihak Perpustakaan melalui panggilan telefon atau secara atas talian melalui WebOPAC.

8. Pemulangan buku boleh dibuat melalui Pejabat Anjung Kulim dan HUB Digital.

9. Tempoh dan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada kategori pelajar.

10. Untuk menempah, layari laman WebOPAC Perpustakaan di http://lib.unimap.edu.my:8000

11. Sebarang pertanyaan sila hubungi Kaunter Perkhidmatan Akses, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di talian 6 04-9885420 atau emel ke sirkulasi@unimap.edu.my


Klik pada ikon di bawah untuk muat turun borang BOD:

ASK US