Skip to Main Content

PERATURAN PERPUSTAKAAN

PERATURAN PERPUSTAKAAN


  1. Semua pengguna Perpustakaan UniMAP tertakluk kepada peraturan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis.

  1. Hanya pengguna yang mempunyai kad pintar atau surat kebenaran sahaja dibenarkan masuk dan menggunakan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan UniMAP.

  1. Pengguna Perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad pintar pengguna lain.

  1. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar mana-mana bahan Perpustakaan tanpa membuat pinjaman yang sah

  1. Membawa keluar bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

  2. Pengguna bertanggungjawab memperbaharui pinjaman buku bercetak atau buku elektronik yang telah tamat tempoh pinjaman untuk manfaat pengguna  lain.

  3. Semua staf Perpustakaan diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan ini.

  1. Staf Perpustakaan berhak pada bila-bila masa memeriksa beg atau barang yang dibawa masuk oleh pengguna ke dalam premis perpustakaan atau dibawa keluar oleh pengguna Perpustakaan dalam senario atau situasi mencurigakan.

  1. Ketua Pustakawan berhak menahan pengguna yang didapati melanggar peraturan daripada menggunakan kemudahan Perpustakaan dan jika perlu, tindakan disiplin akan dikenakan.

  1. Pengguna wajib mematuhi Akta Hak Cipta 1987 dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang tindakan di bawah akta ini.

  1. Perpustakaan berhak untuk meminta pengguna yang tingkah laku mereka boleh dianggap mengganggu keselesaan pengguna lain dan keharmonian Perpustakaan untuk meninggalkan Perpustakaan.

  1. Pengguna dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman di Aras Bawah Perpustakaan dan hanya dibenarkan makan dan minum di ruang yang ditetapkan oleh Perpustakaan.

  1. Pengguna dibenarkan membawa minuman menggunakan bekas berpenutup ke ruang terbuka perpustakaan.

  1. Merokok (termasuk rokok elektronik) dilarang sama sekali selaras dengan pematuhan pelaksanaan polisi Kampus Larangan Merokok di Kampus UniMAP.
  2. Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan selari dengan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Perlis.

  1. Pengguna telefon bimbit di dalam Perpustakaan hendaklah menghormati pengguna lain dan tidak mengganggu ekosistem Perpustakaan.

  1. Pengguna bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian Perpustakaan dan menghormati pengguna lain semasa berada di dalam Perpustakaan dan sepanjang menggunakan sumber, fasiliti dan perkhidmatan Perpustakaan.

  1. Pengguna bertanggungjawab untuk meletakkan semula perabot dan peralatan yang dialih ke lokasi asal bagi memelihara ekosistem Perpustakaan agar kondusif kepada semua pengguna.

  1. Pengguna dilarang menjalankan aktiviti vandalisme dan mana-mana aktiviti yang cenderung kepada perbuatan vandalisme bagi memelihara hak milik Universiti.

  1. Pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan barang-barang persendirian yang ditinggalkan di dalam dan luar Perpustakaan.

  1. Pengguna dibenarkan membawa beg dan barangan peribadi ke dalam bangunan Perpustakaan. Walau bagaimanapun, menjaga keselamatan barangan peribadi terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab pengguna.

  1. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya di atas keselamatan bahan di dalam akaun pinjamannya. Sekiranya berlaku kerosakan dan kehilangan bahan, peminjam hendaklah melaporkan kes berkenaan kepada Unit Perkhidmatan Akses dengan kadar segera. Bagi menggantikan bahan hilang atau rosak, pengguna boleh memilih opsyen berikut :
    1. Menggantikan bahan dengan edisi sama atau terkini atau
    2. Membayar sekali ganda kos bahan beserta caj perkhidmatan

  1. Sekiranya pengguna melanggari mana-mana peraturan Perpustakaan yang telah ditetapkan, pengguna adalah tertakluk kepada Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] atau Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej (Universiti Universiti Malaysia Perlis) (Tatatertib Pelajar) 2024.