Skip to Main Content
It looks like you're using Internet Explorer 11 or older. This website works best with modern browsers such as the latest versions of Chrome, Firefox, Safari, and Edge. If you continue with this browser, you may see unexpected results.
site header image

INFRA: PERISTIWA

GALERI

Prof. Sir Anthony James Leggett bersama Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin di Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains di Istana Arau.

LAWATAN ANTHONY JAMES LEGGETT

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra telah menyambut ketibaan Sir. Prof. Anthony James Legget, Nobel Laureate dalam bidang Fizik pada 16 Februari 2013. Beliau telah mengunjungi lokasi kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan dan seterusnya merasmikan Pameran Nobel Laureate serta Giant Book yang mengandungi biografi beliau. Teruja dengan beberapa gambar lama beliau semasa bekerja di beberapa universiti seperti University of Sussex, beliau telah menghabiskan masa meneliti kandungan biografi bergambar yang dipamerkan di ruang Pameran Nobel Laureate. Beliau juga telah menyatakan penghargaan di atas inisiatif mengumpulkan koleksi syarahan beliau yang terdapat di dalam pelbagai media untuk dipamerkan pada ruang berkenaan. Kunjungan beliau ke sudut Pameran Nobel Laureate turut ditemani oleh puluhan para pelajar sekolah menengah terpilih di Negeri Perlis Indera Kayangan. Ternyata, para pelajar pintas Negeri Perlis tidak melepaskan peluang untuk mengenali tokoh penyelidik dan ilmuan dalam bidang fizik ini dari dekat. Soalan menarik yang dikemukan oleh salah seorang pelajar ialah sekerap mana para pemenang Anugerah Nobel bertemu antara satu sama lain, satu soalan yang mungkin tidak terlintas di benak saya. Menyayangi para pelajar, Sir Anthony James Leggett telah menghabiskan masa bersama para pelajar semasa jamuan tengahari pada hari bertuah itu. Bagi warga Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, ini merupakan lawatan bersejarah.

POLISH PEACE MISSION

Pameran Polish Peace Mission ternyata mempunyai impaknya tersendiri apabila turut disertai dan dimeriahkan dengan penyertaan para pelajar Unit Ko-Kurikulum Universiti Malaysia Perlis. Dua belas poster memaparkan penglibatan tentera Poland dalam misi keamanan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Wakil Kedutaan Poland, Madam Magdalena Skowyra-Jelonek telah mengiringi DYTM Tuanku Canselor UniMAP dan DYTM Tuanku Pro Canselor UniMAP pada majlis perasmian pameran berkenaan. Naib Canselor UniMAP, YBhg Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin turut mengiringi DYTM Tuanku Canselor dan DYTM Tuanku Pro Canelor untuk melawat ke ruang pameran badan beruniform UniMAP yang mengketengahkan item unik seperti bendera, logo, alatan pertahanan dan sebagainya.

LAWATAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra merasa bangga dengan kunjungan rasmi Menteri Pengajian Tinggi sempena Perasmian Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis pada 3 Mac 2013. YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah bersama warga Perpustakaan untuk melawat ke lokasi koleksi, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan. Beliau turut mendengar taklimat mengenai sistem carian tunggal Worldcat Local yang merekodkan UniMAP sebagai pengguna pertama di Malaysia. Dato' Seri Khaled Nordin juga berkesempatan melawat ke galeri HASRAT yang memaparkan hasrat serta janji warga UniMAP terhadap kepimpinan Kerajaan Malaysia.