Skip to main content

PEMINJAMAN BAHAN: Home

Perkhidmatan peminjaman bahan membolehkan pengguna membawa keluar bahan Perpustakaan untuk digunakan di luar bangunan Perpustakaan sama ada di kolej kediaman, pejabat dan lokasi lain.

KELAYAKAN PINJAMAN

Kelayakan pinjaman tertakluk kepada kategori pengguna dan jenis bahan yang ingin dipinjam.
Kategori Pengguna Rak Terbuka & Bacaan Ringan Media Rujukan Kursus
Pelajar Diploma & Ijazah 4 (14 hari) 4 (14 hari) 2 (7 hari)
Pelajar Sarjana & Kedoktoran 25 (60 hari) 10 (14 hari) 2 (7 hari)
Staf Akademik & Profesional 25 (60 hari) 10 (14 hari) 2 (7 hari)
Staf Sokongan 4 (14 hari) 4 (14 hari) 2 (7 hari)

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIPINJAM

Pengguna Perpustakaan boleh meminjam keluar bahan-bahan daripada koleksi berikut:

  • Koleksi Rak Terbuka
  • Koleksi Bacaan Ringan
  • Koleksi Media
  • Koleksi Rujukan Kursus

BAGAIMANA MEMINJAM BAHAN

Kemudahan pinjaman layan diri disediakan untuk membolehkan pengguna meminjam bahan tanpa perlu menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter.

Mesin Pinjaman Layan diri

Mesin Pinjaman Layan Diri


Kaunter utama (Perpustakaan Utama, Pauh Putra & Perpustakaan Cawangan Kangar) melayani semua permohonan meminjam, mengembalikan bahan, memperbaharui pinjaman dan bayaran denda sepanjang waktu pembukaan Perpustakaan.