This is the "INFRA MAC 2013" page of the "INFRA" guide.
Alternate Page for Screenreader Users
Skip to Page Navigation
Skip to Page Content

INFRA  

Last Updated: Apr 9, 2013 URL: http://libguides.unimap.edu.my/infra Print Guide RSS UpdatesEmail Alerts

INFRA MAC 2013 Print Page
  Search: 
 
 

Dari Meja INFRA

Selamat datang ke laman maya INFRA. Pada tahun 2009 hingga 2010, INFRA telah dihasilkan dalam bentuk bercetak. Bersesuaian dengan aplikasi ICT dan hasrat untuk meluaskan penyebaran maklumat mengenai Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), INFRA atas talian kini menemui anda. INFRA menyediakan capaian kepada maklumat peristiwa, koleksi, kemudahan dan perkhidmatan terkini di perpustakaan. Nikmatilah INFRA untuk manfaat anda!

KANDUNGAN

 

GALERI PERPUSTAKAAN

 

PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA

Pada 7 Februari 2013, genaplah setahun usia Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP). Dalam usia setahun, PTSFP telah menyaksikan pelbagai acara, bersua dengan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara serta paling penting, menyediakan persekitaran kondusif untuk para pelanggan Perpustakaan. Warga Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra sentiasa bersiap siaga dan komited untuk mempastikan perkhidmatan berkualiti disalurkan kepada para pengguna sepanjang masa. Kami juga sentiasa peka dengan keperluan menyediakan "kejutan" dari masa ke semasa agar pelanggan perpustakaan sentiasa merasa teruja untuk mengunjungi gedung ilmu ini. Berkonsepkan lautan, taman dan angkasa, lengkaplah konsep kampus alam di bangunan ini dan dari masa ke semasa, konsep ini diperkasa melalui penawaran kemudahan baru.  

Pembelajaran Kolaboratif dan Ruang Pertemuan

Selepas setahun menawarkan kemudahan kepada para pelanggan, warga PTSFP menyedari tentang keperluan menyediakan lebih banyak ruang kolaboratif kepada para pengguna Perpustakaan. Bilik Diskusi yang dilengkapi dengan pod pembelajaran, punca kuasa elektrik dan rangkaian mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelanggan terutamanya para pelajar. Malahan, ruang sama ditempah oleh para pensyarah untuk penganjuran sesi pembentangan berkumpulan dari masa ke semasa. Pod pembelajaran terbuka berkonsepkan kabin pesawat di Zon bising menjadi pilihan pelajar berbanding ruang pembelajaran biasa. Pendek kata, di mana ada soket elektrik, di situlah ada pengguna dan laptop mereka. Dilengkapi dengan kemudahan akses Internet tanpa wayar, sudah tentu ruang perpustakaan digemari oleh para pengguna laptop. Ruang auditorium di aras 2 pula sentiasa menyaksikan berlangsungnya majlis dan forum ilmiah pada peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa.

 

INFRA

Description

Loading  Loading...

Tip