Skip to Main Content
site header image

INFRA: SUMBER PILIHAN

SUMBER PILIHAN

SISTEM REPOSITORI DIGITAL PERPUSTAKAAN

Sistem Repositori Digital Perpustakaan telah dibangunkan semenjak tahun 2008 dengan hasrat mengumpul bahan penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh warga UniMAP untuk disebarluas kepada para penyelidik seluruh dunia melalui Internet. Aktiviti pengumpulan maklumat UniMAP kemudiannya diperluaskan kepada bahan-bahan bersejarah yang mempunyai nilai arkib untuk rujukan pada masa hadapan. Ini meliputi teks ucapan Naib Canselor, imej digital mengenai pembangunan kampus UniMAP, perangkaan dan banyak lagi. Sumber ini bukan sahaja berguna kepada para penyelidik, malahan boleh dimanfaatkan oleh para pelajar dalam aspek pembelajaran dan penulisan ilmiah.

UNTUK PARA PELAJAR UniMAP

Sistem Repositori Digital menyediakan capaian kepada kandungan teks penuh kertas soalan peperiksaan lepas. Para pelajar boleh membuat carian dan merujuk kepada teks penuh kertas soalan peperiksaan lepas. Carian dibuat dengan menggunakan modul koleksi Past Year Exam Papers atau membuat carian menggunakan kod kursus. Walau bagaimanapun, hanya kertas soalan peperiksaan lepas dalam format essei atau yang dibenarkan oleh pihak Pusat Pengajian akan dimuat naik melalui sistem berkenaan. Sekiranya terdapat kandungan kertas soalan peperiksaan lepas yang tidak boleh diakses, para pelajar boleh memberi maklum balas kepada pihak perpustakaan atau menghubungi Kaunter Perkhidmatan Akses di talian 604-9885420.

Selain itu, Laporan Latihan Ilmiah atau Laporan Projek merupakan antara kandungan penting yang ditawarkan oleh Sistem Repositori Digital Perpustakaan UniMAP khusus untuk staf akademik dan para pelajar Ijazah Pertama UniMAP. Kandungan teks penuh boleh dicapai pada kadar minima yang ditetapkan iaitu 24 halaman pertama sebagaimana dipaparkan dalam Laporan Latihan Ilmiah bercetak. Ini juga selaras dengan peruntukan Akta Hak Cipta berkaitan capaian kepada maklumat ilmiah yang dihasilkan oleh para pelajar. Rujukan kepada teks penuh secara keseluruhan memerlukan para pelajar berdaftar dengan sistem berkenaan dan mempunyai kata nama serta kata laluan unik.

Sekiranya para pelajar memerlukan pertanyaan lanjut mengenai capaian kepada Sistem Repositori Digital, sila hubungi talian rujukan di 604-9885420 atau email kepda rujukan@unimap.edu.my.

 

 

POPULAR RESOURCES