Skip to Main Content

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

  • Perpustakaan UniMAP telah dibangunkan pada April 2002 selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia atau singkatannya KUKUM pada tahun sama.
  • Perpustakaan UniMAP dibangunkan atas tinggalan ruang Pasaraya Looking Good di Bangunan KWSP, Kangar
  • Pada tahun 2003, Perpustakaan KUKUM telah mula melanggan kepada pangkalan data atas talian dalam bidang kejuruteraan seperti IEEE Explore dan EngNETBase
  • Perpustakaan UniMAP telah melancarkan perisian pelayan capaian secara jarak jauh EXProxy pada tahun 2006
  • Pada tahun 2008, Perpustakaan UniMAP telah melancarkan Sistem Repositori Digital Perpustakaan UniMAP menggunakan perisian langit terbuka, DSpace
  • Ruang berkonsepkan learning commons telah dibangunkan pada aras 1, Blok Podium, Bangunan KWSP bersesuaian dengan keperluan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan para pelajar
  • Pada Julai 2009, majlis perasmian ruang tambahan baru atau learning commons @ UniMAP Library telah disempurnakan oleh YBhg Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Kamaruddin Hussin, Naib Canselor UniMAP
  • Pada Disember 2009, Perpustakaan Mini yang terletak di Blok Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan telah mula beroperasi. Perpustakaan Mini tersebut menawarkan koleksi, kemudahan dan perkhidmatan khusus kepada warga akademik dan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik.
  • Perpustakaan UniMAP dengan kerjasama PPM Utara dan Malaysian Online e-Resources Consortium (MOLEC) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia 2010 pada 21-22 Disember 2010 di Penang Bayview Beach Resort
  • Pada 19 Disember 2011, kerja-kerja perpindahan peralatan, perabot dan koleksi perpustakaan telah dilaksanakan.
  • Pada 28 Disember 2011, Perpustakaan Mini ditutup dengan rasminya selepas pembukaan bangunan Perpustakaan Utama, Pauh Putra. Ruang Perpustakaan Mini kini dimanfaatkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan untuk pembangunan Galeri Penyelidikan. Sebahagian besar perabot dan peralatan di ruang Perpustakaan Mini, Pauh Putra dipindahkan ke Perpustakaan Cawangan, Kangar.
  • Pada Februari 2012, Perpustakaan UniMAP telah melancarkan aplikasi sistem carian bersepadu, Worldcat Local yang menjadikan UniMAP sebagai perpustakaan pertama di Malaysia yang memanfaatkan sistem berkenaan.
  • Majlis Pra-pelancaran Bangunan Perpustakaan Utama UniMAP telah disempurnakan oleh YBhg Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin pada 4 Februari 2012.
  • Perpustakaan UniMAP di Bangunan KWSP, Kangar mula dikenali sebagai Perpustakaan Cawangan Kangar dengan memberi fokus kepada pembangunan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan dalam bidang pengurusan perniagaan.
  • Pada 2 September 2012, Perpustakaan Utama UniMAP telah dimasyhurkan sebagai Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) bersempena nama DYTM Raja Muda Perlis yang juga Tuanku Canselor UniMAP.